Profil

Tentang Kek Molek

Kek Molek diasaskan oleh Nurul Shalkina binti Ahmad Kamal, seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dirumah pada tahun 2014. Pada mulanya, Kek Molek menjual pelbagai jenis kek harian dan juga kek untuk majlis keraian.

Akan tetapi, dek kerana persaingan yang sengit, Kek Molek mula beralih arah dan memfokuskan kepada penghasilan Kek Sarang Semut atau dikenali juga dengan nama Kek gula hangus (bergantung kepada daerah atau negeri masing-masing). Alhamdulillah percaturan ini membuahkan hasil, di mana kek ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan di luar jangkaan. Ini kerana pembuatannya yang rumit serta kesukaran untuk mendapatkannya, membuka peluang yang lebih cerah kepada Kek Molek.

Kek Molek bukan sahaja menghasilkan kek sarang semut yang sedapĀ  dengan menggunakan resepi tradisi, akan tetapi Kek Molek juga menampilkan konsep keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Konsep ini dapat dilihat dengan jelas pada kotak pembungkusan kek sarang semut kami.

Inshallah, selain daripada mengekalkan kualiti, Kek Molek juga berharap pada tahun yang mendatang Kek Molek mampu beroperasi di premis perniagaan. Supaya kapasiti pengeluaran dapat dipertingkatkan lagi.

Aktiviti Kek Molek

Selain daripada aktiviti jualan secara atas talian, Kek Molek juga turut juga aktif mengadakan jualan secara luar talian. Antara jualan secara luar talian yang pernah kami sertai bertempat di, AEON Shah Alam, MyTown Shopping Center, RIUH Kelantan, Central Market dan banyak lagi.

Pencapaian Kek Molek

Alhamdulillah percaturan itu, membuahkan hasil. Mungkin dek kerana niat saya yang ingin melihat kek ini pergi lebih jauh, supaya ianya menjadi kek yang dibanggakan oleh kita semua. Ini kek kita, yang hanya terdapat di bumi Malaysia.

Kini Kek Molek lebih synonim dengan kek sarang semut. Mudah-mudahan Kek Molek boleh pergi dengan lebih jauh lagi, dalam memartabatkan kek sarang semut.